PRODUK TERLARIS


KOREAN SECRETS WHITE GLOW

Cantik Cerah Berseri Persis Gadis Korea

Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit.

Gel Pembersih Muka Anti-jerawat

Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.

Gel Pembersih Muka

Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.

Penyegar Tanpa Alkohol

Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

Krim Siang SPF 20

Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.

Krim Malam

Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.

Krim Kecantikan SPF 15

Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.

Masker Cerah

Membantu mencerahkan wajah secara efektif di samping melembapkan kulit sehingga 24 jam. Formulasinya yang berasaskan air memudahkan ia meresap ke dalam kulit agar wajah cerah berseri.

KOREAN SECRETS HYDRA SOFT

Cantik Mulus Sekata Persis Gadis Korea

Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekata yang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata.

Skrub Muka

Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

Gel Pembersih Muka

Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.

Penyegar Tanpa Alkohol

Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

Krim Pelembap

Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

Krim Kecantikan

Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Masker Hidrasi

Membantu melembapkan wajah secara efektif dan optimum di samping mengunci kelembapan sehingga 24 jam.



SYAHIRAH KOREAN SECRETS

“Hey si gadis yang manis! Miliki wajah cantik mulus sekata persis artis Korea sekarang!”
Anda “K-beauty lovers”? Impikan kulit cantik mulus sekata seperti artis K-pop? Sering mengikuti tips kecantikan & trend dari mereka tetapi bimbang akan lambakan produk Korea di pasaran tidak Halal dan selamat pada kulit?
Jangan risau... SYAHIRAH, ada penyelesaianya!

TERKINI

Annyeong. Membersih wajah setiap hari merupakan rutin penting bagi penjagaan wajah tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara membersih wajah dengan betul? Usah risau, sis tonto video ini ya. Kamsa Hamnida!




Kepada peminat wangian mewah dan feminin, kini Syahirah Vitalis ingin memperkenalkan variasi terbaharu iaitu Dazzling dan Empress yang memiliki haruman yang unik sesuai buat sis yang ingin tampil glamor dan menyerlah berbanding yang lain. Cuma perlu semburkan haruman ini di titik nadi agar haruman kekal lama - “Serlahkan Pesonamu Raih Bintangmu”.


Annyeong. Penyegar Syahirah Korean Secrets merupakan penyegar tanpa alkohol yang mana sangat sesuai digunakan untuk teknik “7 skin method” yang sering diamalkan oleh orang Korea untuk menjaga kecantikan mereka. Jom tonton video ini untuk ketahui bagaimana teknik “7 skin method” dan bersedialah untuk mendapat wajah yang “flawless” seperti orang Korea. Kamsa Hamnida!

Ann yeong! Ini adalah video viral Syahirah Korean Secrets yang terbaharu. Ingin tahu apa yang berlaku? Jom tonton video ini, anda pasti terhibur.


Ann yeong! Sis ingin tahu bagaimana untuk menggunakan krim pelembap Syahirah Korean Secrets dengan betul? Sila tonton video tutorial ini ya. Kamsa Hamnida!